BTS Media

Perak minta Kementerian Pelancongan bantu pelihara, bangun tapak Lembah Lenggong

KERAJAAN Perak berharap agar Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan membantu dalam pembangunan dan pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.

Menurut Menteri Besar Saarani Mohamad, bantuan yang diperlukan termasuk pembiayaan untuk pembangunan terancang dan pemeliharaan khazanah warisan negeri itu.

Beliau merujuk kepada pelaburan besar di Melaka dan Langkawi oleh pihak kementerian, justeru ini masanya untuk bantuan diberikan kepada Perak kerana bajet yang diperuntukkan kerajaan negeri terhad.

Saarani memberitahu pemberita di Lenggong semalam (Sabtu 29 Jun) bahawa sekiranya tiada bantuan, rentak (pembangunan) di Lembah Lenggong akan menjadi perlahan, kerana pembangunan infrastruktur secara jangka panjang amat diperlukan.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan ulang tahun ke-12 pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Pesta Luar Lenggong 2024.

Lembah Lenggong telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO semasa mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia di St Petersburg, Rusia, pada 30 Jun 2012.

-BTS Media

Leave a Comment