BTS Media

Dipenjara kerana dedah kebenaran jenayah perang tentera Amerika, Julian Assange dibebaskan

Oleh Yusoff A. Shariff

PENGASAS WikiLeaks Julian Assange telah dibebaskan dari penjara di United Kingdom dan berlepas ke Australia, lapor Sputnik.

Terdahulu, dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Assange dijangka ‘mengaku bersalah’ atas tuduhan ‘pengintipan’ terhadap Amerika Syarikat. Ia merupakan sebahagian daripada perjanjian pengakuan dengan pihak pendakwa raya persekutuan AS.

 

“Julian Assange bebas. Dia meninggalkan penjara kawalan maksimum Belmarsh pada pagi 24 Jun, selepas menghabiskan 1901 hari di sana.

Dia dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi di London dan dibebaskan di lapangan terbang Stansted pada sebelah petang, di mana dia menaiki sebuah pesawat dan berlepas dari UK,” kata WikiLeaks pada X.

Kenyataan itu mengesahkan laporan bahawa Assange bersetuju dengan perjanjian bersama Jabatan Kehakiman AS, yang masih belum dimuktamadkan secara rasmi.

Assange, warganegara Australia, dipindahkan ke penjara Belmarsh pada bulan April 2019 atas tuduhan melanggar jaminan.

Di AS, dia menghadapi pendakwaan di bawah Akta Pengintipan kerana mendedahkan maklumat sulit tentang perlakuan jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

-BTS Media

Leave a Comment