BTS Media

Dua bekas tentera British dibenarkan melawat Kem Terendak

GAMBAR ATAS: FMT/Wikimedia Commons.

 

DUA bekas tentera British yang dihalang masuk untuk melawat Kem Terendak, Melaka di mana mereka pernah berkhidmat berpuluh tahun lalu akhirnya akan dipenuhi hajat mereka.

Frank Robinson dan David Priestly telah diberi kebenaran oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein untuk melawat kem tersebut selepas permintaan mereka sebelum ini ditolak oleh polis tentera.

Dalam satu tweet hari ini (Rabu 14 Sept), beliau berkata komander Divisyen Ketiga tentera, Mejar Jeneral Rashidin akan menghubungi mereka.

Robinson, 80 dan Priestly, 73 pernah berpangkalan di Kem Terendak di Melaka dan ‘Johor War School’ di Johor Baru dari 1961 hingga 1969.

Kedua-duanya menginap di sebuah hotel di Melaka dan ingin melawat kem tersebut untuk mengimbau kenangan sebelum terbang pulang ke Yorkshire, England pada Ahad.

-BTS Media

Leave a Comment