GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Fetty Rara
Ziarah perkuburan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dibenarkan.
Bagaimana pun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemakaian pelitup muka masih digalakkan semasa menziarah.
Beliau berkata, individu positif tidak dibenarkan menyertai aktiviti itu, manakala mereka yang bergejala juga tidak digalakkan.
Tahun lepas, orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi tanah perkuburan semasa perayaan bagi mengekang penularan Covid-19.
-BTS Media