BTS Media

Perak akan kenakan caj RM3 setiap hari bagi penginapan mulai Januari 2025

PELAWAT yang menginap di Perak akan dikenakan ‘caj perkhidmatan tempatan’ sebanyak RM3 setiap malam mulai 1 Jan 2025.

Menurut pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan negeri, Sandrea Ng ia adalah sebahagian daripada Enakmen Hotel Perak 2023 yang diluluskan oleh DUN pada bulan Mei tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata caj serupa telah dilaksanakan oleh negeri lain, tetapi ia ditangguhkan ke 1 bulan Januari sempena kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Ng berkata, lesen untuk perkhidmatan penginapan sementara itu akan diberikan oleh majlis tempatan berkaitan mulai 1 Julai, dan ia terpakai kepada hotel, tapak perkhemahan, chalet, rumah bot dan inap desa.

Kerajaan Perak akan memberi tempoh tangguh selama setahun kepada operator untuk mematuhi peraturan baharu itu.

-BTS Media

Leave a Comment