BTS Media

Kadar tarif air akan dinaikkan mulai 1 Feb

Oleh Yusoff A. Shariff

Pelarasan kadar tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) untuk pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa mulai 1 Feb.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dalam satu kenyataan, mengumumkan bahawa pelarasan itu melibatkan peningkatan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

SPAN berkata kenaikan itu masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air iaitu RM1.75 semeter padu berdasarkan rekod sebenar 2022.

“Bagaimanapun, bagi meminimumkan kesan kenaikan itu terhadap bil air bulanan bagi orang ramai, pengusaha bekalan air di setiap negeri dinasihatkan meneruskan inisiatif sedia ada seperti memberi bantuan yang disasarkan kepada pengguna domestik seperti rebat untuk kumpulan B40,” kata suruhanjaya itu hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment