BTS Media

Kerana ambil air bantu penduduk berdepan masalah air, Siti Zailah disiasat

 

Oleh Yusoff A. Shariff

AHLI Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff akan disiasat terperinci setelah dikatakan membantu penduduk yang berdepan masalah air pada musim kemarau sekarang.

Beliau menggunakan air daripada pili bomba sebagai sumber alternatif untuk usahanya itu.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap ahli parlimen itu kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Air pili bomba digunakan untuk memadam kebakaran dan bukan untuk kegunaan harian.

“Jika semua orang menggunakan air pili bomba, apakah akan berlaku jika berlaku kebakaran?

Ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada media di Ipoh semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa menggunakan pam untuk mengambil air pili bomba bagi kegunaan penduduk setempat berikutan gangguan bekalan air di kawasan parlimen itu.

-BTS Media

Leave a Comment