BTS Media

Pencemaran bau: Empat loji rawatan air di Selangor beroperasi semula

Oleh Yusoff A. Shariff

EMPAT Loji rawatan air di Selangor beroperasi semula sepenuhnya setelah ditutup sementara kerana pencemaran bau di Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata yang terbabit ialah Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang), Loji Rawatan Air Fasa 1 Sungai Selangor (SSP1 WTP), Loji Rawatan Air Fasa 2 Sungai Selangor (SSP2 WTP) dan Loji Rawatan Air Fasa 3 Sungai Selangor (SSP3 WTP).

Air Selangor berkata berikutan penyambungan semula, bekalan air bersih diagihkan secara berperingkat kepada pengguna terjejas mulai pukul 6:30 pagi, 12 Feb (Ahad).

“Pengguna juga boleh menyemak senarai kawasan yang terjejas melalui https://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akan berbeza-beza bergantung kepada jarak dan lokasi premis pengguna.

-BTS Media

Leave a Comment