BTS Media

Gangguan bekalan air: Lebih 470 kawasan di Selangor terjejas akibat pencemaran bau

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Oleh Fetty Rara

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual akan berlaku di 472 kawasan di Selangor pada Sabtu (24 Dis), berikutan kejadian pencemaran bau di pintu masuk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi ditutup sementara pada pukul 7.00 pagi Sabtu untuk kerja pembersihan.

Kawasan terjejas termasuk lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Air Selangor, iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau menghubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300, manakala pertanyaan dan aduan juga boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor. com dan aplikasi Air Selangor.

-BTS Media

Leave a Comment