BTS Media

Lagi sekali: 472 kawasan di Selangor berdepan gangguan air akibat pencemaran bau

GAMBAR ATAS: Aziz A. Shariff

 

Oleh Zainal AS Rashid

Sebanyak 472 kawasan di Selangor mengalami gangguan air tidak berjadual mulai 3 petang Selasa (3 Mei) berikutan pencemaran bau di pintu masuk stesen pam air mentah Jenderam Hilir.

Air Selangor berkata, 472 kawasan terjejas ialah di Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).

“Bantuan alternatif melalui lori tangki air akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (3 Mei), Air Selangor berkata usaha sedang dilakukan untuk meminimumkan masalah pengguna yang terkesan.

Penduduk yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan menyimpan air secukupnya sementara menunggu bekalan pulih.

Sabtu lalu (30 April), pencemaran bau turut dikesan di stesen pam air Air Selangor menyebabkan satu lagi kejadian gangguan air tidak berjadual di beberapa bahagian Lembah Klang.

Gangguan itu menyebabkan sebanyak 463 kawasan di Selangor terputus bekalan air selama lebih 12 jam sebelum dipulihkan keesokan paginya.

-BTS Media

Leave a Comment