GAMBAR ATAS: NSTP.
CHUKAI: Tujuh lagi mayat mangsa fenomena kepala air di Sungai Teladas, Air Putih di sini semalam ditemui hari ini.
Ia menjadikan keseluruhan mangsa ditemui setakat ini adalah seramai sembilan orang termasuk dua beranak yang ditemui semalam.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, ia susulan penemuan tujuh mayat di dalam sektor A dan B kawasan pencarian.Sembilan beranak iaitu bapa Karim Abdullah, 39, ibu Azizah Eiyi, 40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Dilaporkan tujuh lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air di Sungai Teladas, Air Putih, Kemaman ditemui hari ini menjadikan keseluruhan mangsa ditemui setakat ini adalah sembilan orang termasuk dua beranak yang ditemui semalam.
Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Kejadian dikatakan berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam hingga awal pagi semalam.
Mayat Azizah ditemui orang awam di sungai Kampung Pasir Gajah kira-kira 24 kilometer (km) dari lokasi keluarga itu berkelah manakala mayat kedua Muhammad Zulqarnain ditemui tersangkut pada pokok kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Polis juga menemui sebuah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.
Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121730/tujuh-mayat-mangsa-kepala-air-ditemui