BTS Media

Ramai rakyat Myanmar beli hartanah di Thailand, cari perlindungan, kerahan tenaga tentera

Oleh Yusoff A. Shariff

MEMANDANGKAN keadaan semakin tegang di Myanmar, ramai rakyat golongan kaya negara itu kini bergegas untuk membeli kondominium dan pangsapuri di Thailand, sebagai rumah perlindungan.

Pengisytiharan kerahan perkhidmatan tentera telah diwajibkan bagi semua warganegara lelaki dan wanita muda bagi menyertai angkatan bersenjata junta untuk dihantar ke beberapa wilayah yang sedang bergolak, lapor ANN.

Dengan ini, semua warganegara lelaki berumur 18-35 tahun dan wanita berumur 18-27 tahun wajib berkhidmat sehingga dua tahun, manakala doktor pakar yang berumur sehingga 45 tahun perlu berkhidmat sehingga tiga tahun. Perkhidmatan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dalam keadaan darurat yang sedang berlaku, kata media negara pada hari Sabtu.

Kerahan itu berkuat kuasa di bawah Undang-undang Perkhidmatan Tentera Rakyat bermula dari 10 Februari 2024,” kata pasukan maklumat junta dalam satu kenyataan.

Susulan itu, semakin ramai anak muda dari keluarga kaya di banyak bandar utama mencari jalan untuk keluar dari negara tersebut.

Mereka menjadikan Thailand sebagai pilihan sementara mendapatkan peluang untuk berhijrah ke negara ketiga.

-BTS Media

Leave a Comment