BUKAN tugas pendakwa raya untuk memaklumkan orang ramai mengapa satu-satu pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah, kata Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh.
Dalam ucapan sulungnya sempena Pembukaan Tahun Perundangan, dia berkata di bawah perlembagaan adalah menjadi budi bicara pendakwa raya untuk sama ada memfailkan atau menghentikan pertuduhan.
“Adalah penting untuk menekankan bahawa jawatan pendakwa raya mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugasnya di bawah perlembagaan.
“Pihak berkepentingan mesti memahami peranan pendakwa raya,” tambahnya.
Peguam Negara juga berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengheret mereka yang memanipulasi 3R (kaum, agama, royalti) ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan bagi memelihara ketenteraman awam.