BTS Media

Touch ‘n Go eWallet kini sokong biometrik untuk pembayaran, kunci laluan log masuk

Oleh Yusoff A. Shariff

Touch ‘n Go (TNG) telah memperkenalkan pengesahan biometrik – cap jari dan pengecaman muka – untuk transaksi, bersama sokongan kekunci laluan sebagai pilihan log masuk ke perkhidmatannya.

Ciri keselamatan biometrik boleh digunakan untuk perkhidmatan seperti pembayaran, memudahkan pemindahan ‘peer-to-peer’ (P2P), pembayaran QR DuitNow dan pembelian dalam aplikasi, seperti menambah kredit prabayar dan menjelaskan bil.

Menurut The Star, langkah keselamatan baharu yang sedang dikeluarkan beransur secara berkelompok, menunjukkan bahawa ciri tersebut mungkin tidak tersedia bagi semua pengguna pada masa ini.

“Sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan kami, sesetengah pengguna akan dapat menggunakan kaedah biometrik untuk membuka kunci aplikasi dan membuat pembayaran.  Ini terpakai kepada pengguna Apple dan Android,” katanya.

Ciri keselamatan disokong untuk peranti Android yang menggunakan sistem pengendalian dari versi 9 hingga 13, peranti Apple yang berdasarkan operasiiOS 16 dan seterusnya.

TnG pada mulanya telah memperkenalkan sokongan untuk biometrik pengecaman muka bagi mengesahkan pembayaran menggunakan iPhone pada 201, tetapi mengalih keluarnya kemudian.

Untuk login, pengguna boleh mempilih passkey. Ini kerana TnG berpaut pada kaedah Fast Identity Online (FIDO) yang terdapat pada peranti bagi mengesahkan identiti merangkumi cap jari dan pengecaman wajah sebagai menggantikan kata laluan.

Keterangan lanjut boleh diakses pada laman FAQ aplikasi.

-BTS Media

Leave a Comment