Pengguna aplikasi Touch ‘n Go eWallet dimaklumkan pada Khamis (26 Mei) bahawa versi kad menggunakan NFC kini sudah ada stok.
Bagaimana pun, semakan pada aplikasi eWallet mendapati kad tersebut masih tidak boleh dipesan kerana ketiadaan stok.
Dalam pada itu, Touch ‘n Go mengingatkan orang ramai oleh sebab kesesakan talian trafik, akan berlaku kelewatan untuk memproses pembelian. Pengguna diminta mencuba lagi.
Pembelian melalui eWallet dikenakan bayaran sebanyak RM15 termasuk kos penghantaran.
Selepas membuat pesanan dan mengesahkan pembelian, pengguna boleh menyemak status pesanan mereka melalui aplikasi berkenaan.
Menurut FAQ kad baharu itu, pesanan mungkin mengambil masa sehingga empat hari bekerja dari tarikh pembelian untuk kad tiba. Juga dinyatakan bahawa penghantaran pada masa ini terhad kepada Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini Touch ‘n Go pernah menawarkan pembelian kad NFC itu, tetapi dalam masa yang singkat dimaklumkan bahawa stok kehabisan berikutan kekurangan bekalan cip global.
-BTS Media