BTS Media

Touch ‘n Go umum stok baharu kad ciri-NFC akan ada esok

PENGGUNA aplikasi Touch ‘n Go eWallet mungkin telah menerima pemberitahuan lebih awal hari ini (24 Ogos) memaklumkan bahawa stok kad TNG dengan ciri-NFC syarikat itu akan ada semula esok pada pukul 10.00 pagi.

Ramai pengguna kad Touch ‘n Go sebelum ini kecewa kerana gagal mendapatkan kad tersebut beberapa kali kerana kehabisan stok dalam hampir “sekelip mata”.

Alasan yang diberikan bahawa dunia mengalami kekurangan bekalan cip yang perlu digunakan dalam kad berkenaan.

Menurut catatan pada Facebook Touch ‘n Go, setiap pesanan melalui eWallet hanya membenarkan satu kad seorang. Sebelum ini seorang boleh mendapatkan dua kad.

Juga, sebelum ini pengguna turut mengadu tentang pihak tertentu mendapatkan banyak kad dan menjualnya dengan harga lebih tinggi. Selain itu, Touch ‘n Go juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli kerana mungkin terdapat kad klone, palsu atau yang digodam, justeru menimbulkan risiko terhadap akaun pengguna.

Kad NFC Touch ‘n Go dijual pada harga RM10, dengan tambahan sebanyak RM5 untuk penghantaran jika dipesan melalui aplikasi eWallet.

-BTS Media

Leave a Comment