Oleh Yusoff A. Shariff
DEWAN Undangan Negeri Perak telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menteri Besar Perak itu berkata beliau telah menerima surat daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membubarkan DUN berkuat kuasa serta-merta pada Isnin (17 Okt).
“Seperti dinyatakan sebelum ini, saya telah menghadap Sultan Nazrin untuk memohon pembubaran DUN pada Rabu lalu (12 Okt).
Oleh itu, beliau berkata bahawa beliau telah menerima surat bahawa Sultan Perak bagi memperkenankan permintaan itu,” katanya pada sidang media di Tapah.
-BTS Media