BTS Media

Barisan Nasional Perak namakan calon untuk 55 daripada 59 kerusi DUN

Oleh Zainal AS Rashid

BARISAN Nasional (BN) tidak menamakan individu yang bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak semasa pengumuman calon pilihan raya umum ke-15 gabungan itu di Ipoh hari ini.

Semasa menyemak senarai itu, Pengerusi BN negeri Saarani Mohamad tidak menyebut siapa yang akan bertanding di kerusi DUN Aulong, Jelapang, Sungkai dan Buntong.

Setakat waktu berita ini difailkan, beliau berkata parti-parti komponen BN sedang bermesyuarat untuk memuktamadkan calon-calon bagi kerusi selebihnya.

“MIC sedang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur tentang perkara itu. Saya akan umumkan nama sebaik sahaja ia dimuktamadkan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran calon BN di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.

Sebelum ini Aulong ditandingi Gerakan, manakala Jelapang, Sungkai dan Buntong ditandingi MIC atas tiket BN.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, dan BN sebelum ini mengumumkan bahawa gabungan itu merancang untuk bertanding kesemuanya.

Terdahulu, Saarani mengumumkan akan mempertahankan kerusi Kota Tampan di Lenggong.

Beliau turut menambah, kesemua lima ahli UMNO yang memegang jawatan Exco kerajaan negeri, iaitu Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Kampung Gajah), Khairul Shahril Mohamed ( Bota) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) akan mempertahankan kerusi masing-masing.

Bagi kerusi Sungai Manik dan Tualang Sekah yang kini disandang oleh Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi, yang sebelum ini bertanding di bawah tiket UMNO dan berpaling tadah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Saarani berkata Abdul Rahman Md Som dan Ibrahim Katop masing-masing akan dipertandingkan untuk kerusi tersebut.

Calon UMNO lain yang akan mempertahankan kerusi DUN itu ialah Aznel Ibrahim (Pengkalan Hulu), Salbiah Mohamed (Temengor), Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau), Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Mohamad Nor Dawoo (Selinsing), Mohd Kamaruddin Abu Bakar (Kuala Sepetang), Jamilah Zakaria (Trong), Khairudin Abu Hanipah (Belanja), Khairuddin Tarmizi (Hutan Melintang), Mohd Azhar Jamaluddin (Changkat Jong) dan Mohd Zaidi Aziz (Slim).

Sementara itu, Rohaida Mohamad Yaakub akan menggantikan Mohd Tarmizi Idris untuk kerusi Kenering, Saliza Ahmad akan menggantikan Muhammad Amin Zakaria untuk Batu Kurau, Khairuddin Mohamed Azahari akan menggantikan Zainun Mat Noor untuk Chenderoh, Mohamad Azir Ismail akan bertanding di Lubok Merbau menggantikan Jurij Jalaluddin, Mustafa shah Abdul Hamid untuk Manong menggantikan Mohd Zuraimi Razali, Azman Noh untuk Pengkalan Baru menggantikan Abd Manaf Hashim, Ishsam Shahruddin untuk Ayer Kuning menggantikan Samsudin Abu Hassan.

Saarani juga berkata kerusi Pangkor akan diisi oleh Norzaman Man kerana penyandang Zambry Abd Kadir akan bertanding di kerusi parlimen Lumut, manakala kerusi Bukit Chandan akan ditandingi oleh Azizul Rahim Abdul Rahman, dan penyandang Maslin Sham Razman akan bertanding kerusi parlimen Kuala Kangsar.

Selama akan ditandingi oleh Faizul Rizal Zulkifli, Osman Ahmad (Kubu Gajah), Shahrul Nizam Razali (Titi Serong), Mohd Jamil Yahaya (Kuala Kurau), Nazirul Jamaluddin (Gunung Semanggol), Ahmad Shahlimin Ahmad Sheffie (Kamunting), Ang Sun Eng (Pokok Assam), Pan Chean Chang (Jalong), Datuk Azizul Kama Abd Aziz (Manjoi), Mazlan Abd Rahman (Hulu Kinta), Woo Kok Toong (Canning), Khoo Boon Chuan (Tebing Tinggi) dan Soo Poh Yeow ( Pasir Pinji).

Turut disenaraikan ialah Ho Wai Mun (Bercham), Lim Huey Shan (Kepayang), Phoon Kai Mun (Menglembu), Leong Chee Wai (Tronoh) Looi Tuan Gin (Pantai Remis), Dr Cheng Lee Chong (Astaka), Chin Woo Kheong ( Malim Nawar), Ng Wah Leng (Keranji), Hang Tuah Din (Sungai Rapat), Lee Wai Yin (Simpang Pulai), Liew Yee Lin (Teja), Choong Shin Heng (Chenderiang), Mohd Rafiq Mohd (Pasir Panjang), Kong Sun Chin (Pasir Bedamar) dan Salina Samsudin (Behrang).

-BTS Media

Leave a Comment