BTS Media

Longgokan sampah hampir 100 tan dihanyutkan ke pantai Manjung, Pangkor dibersihkan

GAMBAR: Majlis Perbandaran Manjung.

 

Oleh Zainal AS Rashid

HAMPIR 100 tan sampah yang dihanyutkan ke darat akibat air pasang besar di tiga pantai di Manjung dan Pulau Pangkor telah dibersihkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak Loh Sze Yee berkata kira-kira 29 tan metrik dikutip di pantai Teluk Batik di Lumut, manakala kira-kira 69 tan metrik dari pantai Teluk Nipah dan Pasir Bogak di Pulau Pangkor.

Beliau berkata, sampah yang dihanyutkan ke pantai termasuk dahan pokok, ranting, botol dan bekas plastik.

“Usaha membersihkan sampah yang dihanyutkan ke darat akibat fenomena air pasang besar di Pangkor masih diteruskan,” katanya dalam sidang media semasa lawatan ke Teluk Pantai batik pada hari Isnin (18 Dis).

Beliau berkata, fenomena tersebut berlaku setiap tahun tetapi kejadian terbaharu yang bermula pada 9 Dis lalu dengan longgokkan sampah begitu besar amat mengejutkan.

Menurut Loh, isu yang begitu kritikal ini boleh menjejaskan imej pantai dan menimbulkan isu keselamatan kepada pengunjung.

Sementara itu, setiausaha majlis perbandaran Mohd Helmi Arifin berkata kos kerja-kerja pembersihan di ketiga-tiga dianggarkan sebanyak kira-kira RM100,000.

Beliau berkata, operasi pembersihan yang dijalankan secara besar-besaran itu turut melibatkan ramai orang.

-BTS Media

Leave a Comment