GAMBAR: Penang Bridge International Marathon.
Oleh Yusoff A. Shariff
SEMPENA Penang Bridge International Marathon 2023, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara dari pukul 12.01 pagi hingga 10 pagi pada hari Ahad (17 Dis).
Dalam satu kenyataan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS berkata jambatan itu akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas larian tamat.
PLUS menasihatkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sepanjang tempoh itu.
Syarikat pengendali lebuh raya utara-selatan itu berkata semua kenderaan boleh menggunakan laluan alternatif ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah melalui Jalan Sultan Azlan Shah ke Bayan Lepas.
Dari Bayan Lepas, kenderaan boleh menggunakan Jalan Permatang Damar Laut ke Jalan Batu Maung.
-BTS Media