Oleh Zainal AS Rashid
DEWAN Rakyat akhirnya memberikan persetujuannya kepada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, selepas dua hari perbahasan.
Setelah Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan RUU untuk bacaan ketiga, ia kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua ahli parlimen melalui undian suara.
Terdahulu, Dr Zaliha membentangkan ucapan penggulungan RUU itu selepas lebih 20 Ahli Parlimen membahaskannya sejak Rabu (29 Nov), lapor The Star.
Dr Zaliha berkata terdapat rancangan untuk melengkapkan pegawai penguatkuasa dengan kamera badan untuk menangkap mereka yang melanggar undang-undang anti-merokok.
Dewan Rakyat pada sebelah petang, menyambung semula sesi perbahasan RUU sebelum Dr Zaliha membentangkan ucapan penggulungannya.
RUU itu dibahaskan oleh 26 Ahli Parlimen pada hari Rabu dengan majoriti mereka menyatakan kekecewaan terhadap penyingkiran peruntukan GEG yang ditarik balik atas dakwaan tekanan daripada pelobi industri tembakau.
Dr Zaliha mencadangkan rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 29 Nov.
Beliau  juga menarik balik versi terdahulu rang undang-undang yang dibentangkan pada Jun.
RUU asal yang dikenali sebagai Rang Undang-undang Kontol Produk Tembakau dan Merokok 2022 pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin tahun lepas. Ia kemudiannya dihantar kepada jawatankuasa untuk diperhalusi kerana tentangan daripada beberapa ahli parlimen.
Ini dilakukan selepas RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama. Ia kemudiannya dibentangkan untuk bacaan pertamanya pada Jun tahun ini sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk semakan lanjut.
Semasa membentangkan usul untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada PSSC, Dr Zaliha Mustafa berkata ini bagi membolehkan jawatankuasa itu membuat syor yang diperlukan bagi memperhalus undang-undang untuk GEG.
-BTS Media