BTS Media

Pengumuman Muhyiddin tidak pertahan jawatan hanya cadangan – Hamzah

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti itu akan datang.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada hari Jumaat.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis menerajui parti.

“Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya ingin mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan yang baharu telah pun tiba.

“Untuk itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan yang tarikhnya akan ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Keputusan saya ini dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti menurut proses demokrasi yang diamalkan oleh parti kita,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam masa sama turut mencadangkan supaya barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah bagi mengenal pasti tokoh yang layak untuk meneruskan perjuangan Bersatu.

Ujarnya, langkah itu penting bagi memastikan kekuatan yang ada pada parti dapat digembleng dengan lebih jitu lagi pada masa hadapan.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/636271/berita/politik/pengumuman-muhyiddin-tidak-pertahan-jawatan-hanya-cadangan—hamzah

Leave a Comment