BTS Media

Dr M: Kenapa Ismail Sabri tidak letak jawatan seperti Muhyiddin?

TIDAK ada sebab Parlimen dibubarkan hanya kerana Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah kehilangan “sokongan majoriti”, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan media sosial terbaharunya, ahli penyandang Parlimen Langkawi itu mempersoalkan keputusan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen baru-baru ini.

Beliau berkata jika bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas kehilangan majoriti di Dewan pada 2021, tidak membubarkan Parlimen, Ismail Sabri boleh mengikuti contoh yang sama.

“Jika Muhyiddin digugurkan kerana kehilangan majoriti dan digantikan oleh Ismail Sabri, kenapa Ismail tidak meletakkan jawatan selepas kehilangan majoriti dan sebaliknya menaikkan seorang lagi Perdana Menteri?

“Tidak ada keperluan untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam catatan Twitter ‘Banduan Istimewa’ yang merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Selepas 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tidak bersetuju pilihan raya diadakan tahun ini, ia memberikan gambaran bahawa Ismail Sabri telah hilang majoriti kerana lebih rasa terpanggil untuk membubarkan parlimen.

Beberapa hari sebelum pembubaran itu, Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata Ismail Sabri telah kehilangan majoriti kerana anggota kabinetnya sendiri telah membelakanginya apabila menghantar surat tersebut, lapor NST.

Selepas pembubaran itu, Ismail Sabri mendedahkan sebab beliau memutuskan untuk meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen adalah kerana tindakan 12 menteri PN yang didakwanya “menanam benih perpecahan” dalam kerajaan.

Ismail Sabri berkata, surat tersebut menunjukkan bahawa 12 menteri itu membelakangkan perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, sekali gus menghakis semangat setia kawan dalam pentadbiran persekutuan.

Mengenai Najib pula, Dr Mahathir berkata hakikat bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu meminta untuk menghadiri Dewan Rakyat walaupun telah dihantar ke penjara menjadikan negara ini bahan ketawa.

“Dunia ketawa banduan hadir Dewan Rakyat untuk menasihati Kerajaan bagaimana mentadbir negara.

“Tidak hairanlah huru-hara berlaku di negara ini.

“Hentikan layanan istimewa kepada banduan pembesar yang melakukan jenayah besar, tetapi anduan yang curi RM10 digari dan dipenjara serta-merta,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment