BTS Media

Tun Mahathir, Muhyiddin, antara yang hadir demonstrasi solidariti Palestin di Kuala Lumpur

TUNJUK perasaan solidariti untuk Palestin di Masjid Negara petang ini merentas garis kepartian dengan kehadiran beberapa pemimpin parti pemerintah dan pembangkang.

Antara yang kelihatan pada himpunan selepas solat Jumaat ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ribuan memenuhi perkarangan masjid yang bergema dengan laungan “Free Palestin”, dengan penunjuk perasaan membawa sepanduk mendukung hak rakyat Palestin ke atas tanah air dan kebebasan mereka.

Ketegangan di rantau Asia Barat itu meruncing susulan kempen ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza, ekoran serangan militan Hamas dalam wilayah Israel.

Konflik tercetus apabila Hamas melancarkan Operasi “Al-Aqsa Flood” yang turut melibatkan serangan mengejut dari udara dan laut dengan iringan roket, sebagai membalas serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan keganasan berterusan peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin.

Israel kemudian melancarkan Operasi Swords of Iron terhadap ke atas Gaza, selain memenyekat bekalan air dan elektrik ke wilayah itu.

-BTS Media

Leave a Comment