BTS Media

Mahkamah batal kemenangan PN di Parlimen Kemaman

MAHKAMAH Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah, sekali gus membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN).

Di sebalik kemenangan bergaya PN yang meraih majoriti 27,179 undi itu, Hakim Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen berhubung sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi bagi calon gabungan itu, Che Alias Hamid.

Petisyen ini difailkan oleh seorang pengundi Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Pada pilihan raya lalu, PN meraih 65,714 undi untuk menewaskan Barisan Nasional yang meraih 38,535 undi, Pakatan Harapan (8,340), dan Pejuang (506).

Cabaran BN ketika itu digalas bekas menteri besar, Ahmad Said.

Peguam mewakili Che Alias, Wan Rohimi Wan Daud, memaklumkan sekiranya anak guam beliau ingin merayu ke Mahkamah Persekutuan, hakim memberi tempoh sehingga 3 Okt untuk memohon menggantung perintah hari ini.

“Sekarang kita serah kepada pimpinan PAS buat keputusan seterusnya,” kata Che Alias kepada pemberita.

Hisham diwakili oleh peguam, Mohd Hafarizam Harun.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/09/26/mahkamah-batal-kemenangan-pn-di-parlimen-kemaman/

Leave a Comment