Oleh Zainal AS Rashid
SETIAUSAHA Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini berkata proses tapisan calon Perikatan Nasional (PN) akan dibuat secara menyeluruh bagi memastikan hanya mereka yang tidak boleh dipertikaikan integriti akan diletakkan pada PRU15.
Dianggap sebagai sindiran terhadap ‘kluster mahkamah’ Barisan Nasional (BN), beliau memberitahu media di Cheras bahawa mereka yang berdepan tindakan undang-undang di mahkamah tidak akan dianggap sebagai calon.
“Kita bukan sahaja akan menyemak sama ada calon terlibat dalam kes mahkamah atau aktiviti jenayah, tetapi kita juga akan menyemak latar belakang mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan agensi lain seumpamanya bagi memastikan calon kita benar-benar ‘bersih’,” katanya.
-BTS Media