BTS Media

Akta Perhimpunan Aman diguna untuk tutup suara rakyat, kata Hakam

PERSATUAN Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) berkata kerajaan kini mewujudkan satu bentuk eksploitasi terhadap Akta Perhimpunan Aman untuk mengawal suara rakyat.

Presiden Hakam, M Ramachelvam, berkata akta itu telah mencipta “beban yang besar” kepada penganjur dan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan awam.

“Gangguan terhadap kumpulan pembantah yang aman melalui proses sistematik dan mengikut tata cara adalah satu pelanggaran secara langsung terhadap Perlembagaan persekutuan.

“Merakam kenyataan penganjur dan individu yang memberi ucapan semasa perhimpunan adalah bentuk cara untuk menutup suara-suara yang berbeza pendapat dengan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramachelvam mengingatkan kerajaan bahawa hak kebebasan berhimpun dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Hakam juga menyeru kerajaan untuk menghormati Perlembagaan persekutuan dan memastikan penyertaan awam yang selamat dan sihat dalam masyarakat demokratik.

Kenyataan Hakam ini berikutan siasatan polis terhadap penganjur perhimpunan “Selamatkan Malaysia” yang diadakan pada Sabtu lepas. Kira-kira 20 orang dipanggil untuk direkodkan kenyataan mereka.

Peserta berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada hari tersebut.

Jawatankuasa penganjur kemudiannya membuat laporan terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, yang dilepas tanpa dibebaskan dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur tidak “menghormati semangat toleransi” apabila mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan pada 16 September, iaitu Hari Malaysia.

Mereka yang menghadiri perhimpunan termasuk Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali, Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin, dan ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/09/19/akta-perhimpunan-aman-dieksploitasi-untuk-tutup-suara-rakyat-kata-hakam/

Leave a Comment