BTS Media

Pendidikan digital untuk optimum pembelajaran murid

 

Naib Presiden BERSATU yang juga Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau mahu keseluruhan ekosistem pendidikan menjalani perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan demi generasi pewaris negara.

Kementerian Pendidikan kini sedang memperkukuhkan pendidikan digital negara bagi mengoptimumkan pembelajaran murid.

Beliau berkata, pentadbir dan guru juga perlu berperanan penting dalam penyediaan kurikulum serta menerajui penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.

“Semalam, saya mengunjungi Bexleyheath Academy, United Kingdom untuk meninjau pengoperasian sekolah itu yang juga salah satu daripada 57 buah sekolah di bawah Academies Enterprise Trust (AET).

“Pengetua Bexleyheath Academy telah berkongsi bagaimana transformasi sekolah ke arah pendidikan digital dilaksanakan.

“Kami juga berjumpa dengan pelajar yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka dalam fasa perubahan mengikuti pendidikan secara digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Katanya, secara keseluruhan, kejayaan transformasi pendidikan sekolah tersebut melibatkan komitmen tinggi daripada seluruh warga sekolah.

Radzi berkata, kejayaan sekolah itu banyak dibantu penglibatan AET dalam pelbagai aspek, termasuk pengukuhan tenaga pengajar.

-BTS Media

Leave a Comment