BTS Media

Peperiksaan PT3 dimansuhkan, kata Menteri Pendidikan

 

Oleh Fetty Rara

Tiada lagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata kementerian akan menambah baik penilaian berasaskan sekolah dan bilik darjah untuk menentukan sejauh mana pelajar memahami pelajaran mereka.

Beliau yang juga Naib Presiden BERSATU memberitahu media di Putrajaya pada Khamis (2 Jun) bahawa peperiksaan PT3 bagi pelajar Tingkatan Tiga telah dibatalkan sejak dua tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Ura-ura untuk membatalkan pentaksiran Tingkatan Tiga meluas diperkatakan , terutama selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpusat bagi murid Tahun Enam dimansuhkan pada 2021.

Pada Februari 2022, Radzi berkata belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai PT3 kerana kementerian masih mencari pendekatan terbaik dengan mengambil kira tahap penguasaan pelajar.

-BTS Media

Leave a Comment