BTS Media

Zaiton Sameon akhirnya dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

GAMBAR: Harian Metro.

 

Oleh Fetty Rara

PENYANYI veteran Zaiton Sameon, 67, akhirnya dikunjungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semalam, dua pegawai pejabat JKM Hulu Langat telah mengadakan pertemuan dengan Zaiton pada pukul 8.00 pagi untuk mengetahui masalah yang dihadapinya, selepas dilaporkan oleh Harian Metro Ahad lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada media atas bantuan mereka dalam menghebahkan nasib saya. Alhamdulillah pegawai JKM telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan membantu sebaik mungkin,” kata Zaiton yang tinggal bersama anak angkatnya Sikah Ismail sejak 2010.

“Saya tidak sabar untuk berpindah ke unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) saya sendiri di Lembah Klang,” katanya sambil menambah Sikah menyokongnya dengan menjual bahan makanan di bazar dan ekspo, lapor NST.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk memberi Zaiton bantuan kewangan RM500 sebulan.

Timbalan menterinya Aiman Athirah Sabu dalam satu catatan Facebook berkata mereka akan membantu Zaiton bermula bulan depan atau pada November.

November lalu, Zaiton telah diberikan Kad OKU oleh JKM yang sepatutnya melayakkan beliau mendapat rumah PPR di Lembah Klang.

Malangnya, tiada tindakan susulan diterimanya setelah 10 bulan.

Zaiton sudah lama tidak mengadakan menerima undangan untuk menyanyi, selain terpaksa menghentikan perniagaan rendangnya kerana kos bahan yang semakin meningkat.

Sebagai orang kurang upaya yang kurang bernasib baik beliau sangat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada jabatan itu.

Pada tahun 1990, semasa berada pada kemuncak populariti, Zaiton terlibat dalam kemalangan jalan raya turut yang meragut nyawa anak lelakinya, Azirwan Abu Bakar, 13 tahun.

Kemalangan itu juga menyebabkan Zaiton mengalami kecederaan parah sehingga koma selama tiga bulan.

-BTS Media

Leave a Comment