BTS Media

Noh Omar dipecat daripada UMNO

ANGGOTA Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Noh Omar hari ini mendakwa dia dipecat daripada Umno.

Bercakap kepada media di luar ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Noh berkata, pada asalnya dia digantung keahliannya selama enam tahun.

Bagaimanapun, kata Noh, dia memberitahu MKT jika digantung selama enam tahun adalah lebih baik parti itu memecat saja keanggotannnya.

“Buat apa (parti) gantung saya? Sebaliknya saya minta presiden (Ahmad Zahid Hamidi) pecat saja saya.

“Presiden bersetuju dengan permintaan saya dan kata saya telah dipecat dengan serta-merta,” katanya.

Ketika laporan ini ditulis MKT Umno masih bermesyuarat. Pertemuan hari ini menarik perhatian banyak pihak dengan status bekas ketua Pemuda Umno banyak disebut orang.

Sementara itu Ketua Penerangan Umno Malaysia Isham Jalil menjelaskan keputusan itu dibuat selepas Noh sendiri minta dia dipecat.

Kata Isham, Noh memaklumkan perkara tersebut semasa menghadiri mesyuarat MKT Umno malam ini.

Terdahulu katanya lembaga disiplin parti meneliti dan membuat keputusan untuk menggantung keahlian Noh atas sebab melanggar disiplin semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

Baca lagi: https://m.malaysiakini.com/news/653068

Leave a Comment