BTS Media

Silap langkah orang Melayu keluar UMNO – Noh Omar bagi amaran

LAUNGAN “Hidup Melayu, Hidup UMNO” kini menjadi sejarah, kata Tan Sri Noh Omar.

Beliau, yang merupakan bekas pengerusi perhubungan UMNO Selangor, berasa kesal dengan tindakan Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan persekutuan gabungan.

Beliau berkata wakil BN di meja rundingan perlu tegas.

“Jawatankuasa rundingan perlu tegas, bukan hanya untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Beliau berkata sebarang kesilapan boleh menyebabkan orang Melayu meninggalkan UMNO.

Noh berkata BN mungkin mempunyai 30 kerusi sekarang, tapi pada Pilihan Raya Umum ke-16 parti itu mungkin akan memperoleh hanya tiga kerusi.

Beliau semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi perhubungan UMNO Selangor, kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Noh adalah ahli parlimen Tanjong Karang sejak 1995. Bagaimanapun, beliau digugurkan sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

-BTS Media

Leave a Comment