BTS Media

Azmin umum undur sebentar daripada politik

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu.

Bagaimanapun, Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata beliau akan terus bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah rehat seketika dalam kerjaya saya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memikirkan perancangan baharu.

“Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,” katanya itu menerusi satu tweet malam tadi.

Leave a Comment