Oleh Zainal AS Rashid
GEMPA bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda Maghribi lewat malam Jumaat setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi.
Kajian pusat geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa itu bermagnitud 6.8 ketika melanda pada pukul 11:11 malam waktu tempatan, dengan gegaran yang berlaku hanya beberapa saat, lapor abcNews.
Rangkaian Pemantauan dan Amaran Seismik Kebangsaan Maghribi mencatatkan gempa tersebut pada 7 pada skala Richter.
USGS turut melaporkan gempa susulan sekuat 4.9 magnitud melanda 19 minit kemudian.
Destinasi pelancongan, bandar raya bersejarah Marrakech yang didiami hampir sejuta penduduk turut dilanda gegaran.
-BTS Media