BTS Media

Filipina Utara dilanda gempa bumi 7.1 magnitud

Oleh Zainal AS Rashid

GEMPA bumi berukuran 7.1 magnitud melanda utara Filipina pada Rabu.

Gempa yang turut dikesan oleh US Geological Survey (USGS) itu menyebabkan tingkap pecah dan menggegarkan bangunan tinggi di bandar raya Manila yang terletak sejauh 300km dari lokasi.

Gempa bumi cetek tetapi kuat itu melanda wilayah bergunung-ganang Abra di pulau  Luzon pada pukul 8.43 pagi, kata USGS, selepas pada mulanya mengukur gempa itu pada magnitud 6.8.

Menurut pakar, gempa cetek berupaya menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding yang lebih dalam.

Kesan gegaran paling terasa di bandar Dolores, timur Samar. Penduduk dilaporkan bertempiaran lari keluar bangunan, sementara tingkap di sebuah pasar pecah.

Sebuah video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan jalan dan tanah yang retak di bandar berdekatan Bangued, tetapi tiada kerosakan kelihatan pada kedai atau rumah.

Menurut polis, sebilangan penduduk mengalami kecederaan di Bangued dan telah dibawa ke hospital.

Filipina kerap digegarkan oleh gempa bumi kerana lokasinya di kawasan lingkaran gunung berapi Pasifik.

Gempa hari ini dikatakan yang paling kuat direkodkan di Filipina sejak beberapa tahun.

-BTS Media

Leave a Comment