Oleh Fetty Rara
WILAYAH barat Sumatera Utara Indonesia digegarkan gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter pada pagi Sabtu.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa berlaku pada pukul 2.28 pagi waktu Jakarta (1928 GMT Jumaat) 15 kilometer (km) di barat laut daerah Tapanuli Utara pada kedalaman 10 km.
Dua gegaran susulan, masing-masing berukuran 5.1 dan 5.0 pada skala Richter turut direkodkan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ketua BMKG Dwikorita Karnawati memberitahu media bahawa berkata setakat ini sembilan orang dilaporkan mengalami kecederaan dalam gegaran yang dirasai di beberapa bandar dan memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka.
Kira-kira lima rumah mengalami mengalami kerosakan dan 53 gegaran susulan direkodkan.
Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran wilayah Aceh.
-BTS Media