GAZIANTEP: Satu lagi gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda selatan Turkiye, terutama di bandar Antakya dan Adana, beberapa minggu selepas gempa yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di wilayah berkenaan.
BBC melaporkan, Agensi Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan, gempa bumi berlaku pada pukul 8.04 malam tadi waktu tempatan (1.04 pagi waktu Malaysia).
Saksi memberitahu Reuters, beberapa kerosakan pada struktur bangunan berlaku di Antakya.
Pada 6 Februari lalu, gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda wilayah berkenaan mengorbankan lebih 44,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan mengenai jumlah yang terkorban dan kerosakan dalam gempa bumi terbaharu itu.
Al-Jazeera pula melaporkan, gempa susulan bermagnitud 5.8 melanda daerah Samandag beberapa minit kemudian.
Baca lagi: https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/gempa-bumi-kuat-sekali-lagi-landa-turkiye/