BTS Media

Malaysia hantar pasukan penyelamat, bantuan segera ke kawasan gempa bumi Turkiye

GAMBAR ATAS: Anadolu.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

KERAJAAN menghantar Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye untuk usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di 10 wilayah tenggara Turkiye.W

Wisma Putra diarahkan untuk mengambil tindakan segera menghantar pasukan ke sana.

Operasi diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kedutaan Malaysia di Turkiye dan kedutaan Turkiye di Malaysia.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir memberitahu media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam (6 Feb) bahawa Turkiye amat memerlukan bantuan SAR, perubatan dan bantuan kemanusiaan lain.

Menurut Zambry, kesemua 12 rakyat Malaysia di wilayah terbabit, iaitu Gaziantep, Şanlıurfa dan Adana telah menghubungi kedutaan Malaysia di Turkiye dan disahkan selamat.

Ketua misi SAR Cmdr Mohd Khairul Jamil berkata, pasukan Malaysia terdiri daripada 70 anggota pasukan SMART, termasuk pasukan perubatan dari Kor Perubatan Diraja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.

Mereka berlepas menaiki penerbangan Turkish Airlines.

Gempa bumi yang melanda wilayah selatan Kahramanmaras pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan (0117 GMT) awal Isnin itu berukuran 7.4 pada skala Richter, dengan pusat gempa di daerah Pazarcik.

Menurut akhbar British, The Guardian, setakat ini dianggarkan sekurang-kurangnya 4,300 maut dalam gempa bumi itu.

– BTS Media

Leave a Comment