Oleh Fetty Rara
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pelangai di Pahang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK itu telah ditetapkan masing-masing pada 23 September dan 3 Oktober.
Ini diumumkan beliau pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di Menara SPR di Putrajaya hari ini bagi menetapkan tarikh berkaitan pilihan raya kecil DUN Pelangai.
Pilihan raya di DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, yang terkorban dalam nahas pesawat dekat Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.
Selain Johari sembilan individu turut maut dalam nahas membabitkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1).
-BTS Media