BTS Media

PRU15: Malaysia mengundi pada 19 Nov, kata SPR

Oleh Zainal AS Rashid

HARI pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada 19 Nov, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia juga mengumumkan bahawa hari penamaan calon akan diadakan pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Ini diputuskan dalam mesyuarat khas PRU15 yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh di ibu pejabatnya di Putrajaya pada Khamis (20 Okt).

Abdul Ghani turut mengumumkan pilihan raya negeri bagi Perlis, Perak dan Pahang akan diadakan serentak dengan PRU15.

Tarikh penamaan calon, pengundian awal dan pengundian bagi tiga pilihan raya negeri adalah sama dengan pilihan raya umum.

Negeri-negeri lain, seperti Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak tidak akan mengadakan pilihan raya negeri.

Kerajaan pimpinan PAS negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu dan kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan harapan telah memilih untuk tidak membubarkan Dewan Undangan negeri masing-masing.

Sebelum ini, SPR telah membuka pendaftaran bagi pengundian domestik dan pos pada 10 Okt.

Borang boleh dimuat turun daripada laman web SPR di www.spr.gov.my.

Rakyat Malaysia yang tinggal di seberang laut, termasuk agensi dan pertubuhan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui myspr.spr.gov.my/login untuk undi pos.

-BTS Media

Leave a Comment