BANGI – Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan nama Parti Pejuang Tanah Air pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengemukakan calon di 121 kerusi Parlimen.
Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya berkata, gabungan itu juga turut mempertimbangkan calon di beberapa kerusi Parlimen lain.
“Untuk kerusi DUN, ia akan diumumkan oleh pucuk pimpinan negeri,” katanya dalam ucapan pada majlis pengumuman calon GTA di sini pada Rabu.