Oleh Fetty Rara
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Rabu (5 Julai) untuk menentukan antara lain tarikh penamaan calon dan pengundian bagi enam pilihan raya negeri.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya telah menerima notis rasmi pembubaran DUN terbabit.
“Mesyuarat akan diadakan untuk menentukan tarikh penting bagi pilihan raya negeri.
“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan mempengerusikan mesyuarat itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (3 Julai).
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan pilihan raya negeri mereka tidak lama lagi.
-BTS Media