GAMBAR ATAS: BTS Media.
WAKTU perkhidmatan Rapid KL akan dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi pada 1 Oktober ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bagi menampung keperluan pengguna yang menghadiri beberapa acara di Kompleks Sukan Negara.
Dalam kenyataan pada Rabu (28 Sept) Rapid KL berkata stesen sambungan akan juga dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
“Pengguna diminta menggunakan kad Touch N’ Go untuk kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL untuk maklumat lanjut.
-BTS Media