BTS Media

Waktu bekerja dikurangkan berkuat kuasa 1 Sept

ATAS: Gambar silhouette© Tomas Castelazo, www.tomascastelazo.com / Wikimedia Commons.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

PINDAAN kepada Akta Pekerjaan yang akan menyaksikan waktu bekerja mingguan dikurangkan daripada 48 kepada 45 jam akan dikuatkuasakan mulai 1 Sept, Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata, pindaan itu bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberikan kelonggaran waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Selain itu, pindaan itu turut memperkenalkan seksyen baharu mengenai pengaturan kerja yang fleksibel, bagi membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk menjalankan kerja mengikut kesesuaian waktu bekerja, hari bekerja atau tempat kerja, termasuk bekerja dari rumah untuk situasi kecemasan seperti Pandemik Covid19.

Beliau berkata, setakat hari ini, di peringkat kementerian tiada cadangan untuk menetapkan kerja empat hari seminggu.

-BTS Media

Leave a Comment