SEKURANG-kurangnya 67 terbunuh dalam kebakaran hutan yang melanda Lahaina di pulau Maui, Hawaii dan angka kematian dijangka meningkat.
Semalam, pegawai Hawaii masih cuba untuk menentukan punca kebakaran hutan dan jumlah kematian dijangka meningkat, ketika pasukan mencari terus mencari mangsa dalam serpihan bangunan yang hangus dengan bantuan anjing pengesan.
Maui County dalam satu kenyataan, berkata ketika usaha memadam kebakaran diteruskan, 12 kematian tambahan disahkan setakat jam 1 tengah hari. (2300 GMT).
“Angka itu menjadikan jumlah kematian kepada 67 orang,” katanya.
Gabenor Josh Green memberi amaran jumlah itu mungkin meningkat.
Tiga hari selepas bencana berlaku, masih tidak dapat dipastikan sama ada beberapa penduduk menerima sebarang amaran sebelum api menyambar kediaman mereka.
Pulau itu dilengkapi siren kecemasan yang bertujuan memberi amaran mengenai bencana alam dan ancaman lain, namun dipercayai tidak berbunyi ketika kebakaran.
– REUTERS