ATAS: gambar fail kebakaran hutan di Kalimantan pada 2015/ Wikimedia Commons.
Oleh Fetty Rara
INDONESIA mengerahkan lebih 20 helikopter ke enam wilayah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebakaran hutan dan ladang pada minggu lalu.
Kebakaran yang mencetuskan kebimbangan berlaku jerebu setakat ini belum merebak kerana hujan dan usaha memadam yang dilakukan, kata agensi mitigasi bencana nasional (BNPB) Indonesia.
Pemangku ketua pusat data, maklumat dan komunikasi BNPB Dr Abdul Muhari berkata helikopter untuk pengawasan dan pengeboman air telah sedia di Riau, Jambi di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan., lapor ANN.
Menurut Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC), berdasarkan imej satelit, taburan titik panas dikesan di Kalimantan Barat, Sumatera dan Semenanjung Malaysia lewat minggu lalu.
Merujuk keadaan kemarau kering pada 2015 dan 2018, Dr Abdul kata kebakaran setakat ini hanya dalam skala kecil, dan pihaknya menjangkakan musim kemarau basah akan berlaku tahun ini.
-BTS Media