BTS Media

Mangsa nahas helikopter guna media sosial minta diselamatkan dari hutan Panama

GAMBAR: Twitter @SenanPanama.

 

Oleh Fetty Rara

ENAM orang diselamatkan dari lokasi nahas helikopter di hutan Panama selepas rayuan SOS dramatik di media sosial oleh seorang daripada mereka.

Operasi menyelamat digerakkan setelah Dimitri Flores menyiarkan video dalam talian menunjukkan dia mengerang kesakitan di depan helikopter yang terhempas, dan meminta bantuan segera, lapor media tempatan.

Dalam video itu Dimitri memaklumkan bahawa mereka semua selamat, tetapi beberapa orang patah tangan dan kaki.

Dalam video kedua, Flores mengadu bahawa mereka telah menunggu di lokasi nahas di kawasan hutan di barat daya Panama selama empat jam dan 20 minit.

Timbalan pesuruhjaya perkhidmatan penerbangan  nasional Panama, Daniel Rodriguez berkata pada Khamis bahawa operasi untuk mengeluarkan mangsa dari lokasi tersebut amat sukar dan rumit.

Dia berkata nahas berlaku pada pagi Rabu di kawasan hutan pergunungan di ketinggian 1,700 meter dari paras laut.

Rodriguez berkata pihak berkuasa menerima panggilan kira-kira jam 11.00 pagi pada Rabu dan mengeluarkan kumpulan pertama sekitar pukul 8.00 malam.

-BTS Media

Leave a Comment