BTS Media

Jumlah mangsa dipindahkan di Baling meningkat kepada 58 orang

Oleh Yusoff A. Shariff

JUMLAH mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Mukim Kupang pada Khamis (28 Julai) meningkat kepada 58 orang pagi ini (Jumaat 29 Julai).

Timbalan Ketua Angkatan Pertahanan Awam Baling, Dzulhaidy Mohd Khalil berkata, mangsa membabitkan 19 keluarga berasal dari Kampung Padang Empang.

Melalui satu kenyataan hari ini, beliau berkata kesemuanya ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, yang beroperasi pada pukul 9 malam semalam (Khamis).

Menurut Dzulhaidy, hujan lebat kira-kira tiga jam bermula pukul 2.00 petang Khamis menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan perumahan di kawasan rendah berhampiran.

Hujan berterusan yang menyebabkan air sungai naik juga memaksa jambatan Bailey di Kampung Iboi ditutup kepada kenderaan malam tadi.

-BTS Media

Leave a Comment