BTS Media

Cedera terkena dron jatuh dari udara, orang awam diingatkan larangan

ORANG awam termasuk pengamal media diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di kawasan tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Larangan berkenaan dikeluarkan setelah seorang penyokong parti politik cedera gara-gara terkena dron yang terjatuh dari udara di Kedah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, larangan berkenaan termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tiga tarikh penting yang ditetapkan adalah pada hari penamaan calon pada 29 Julai, pengundian awal pada 8 Ogos dan hari pengundian pada 12 Ogos serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon.

“Sebarang perlanggaran kepada aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).

Terdahulu media melaporkan seorang penyokong parti di Kuala Kedah mengalami kecederaan pada bahagian kepala selepas dron terhempas dan jatuh mengenainya.

Difahamkan, mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Baca lagi: https://www.kosmo.com.my/2023/07/30/larangan-terbangkan-dron-sepanjang-prn/

Leave a Comment