BTS Media

Bonus tertinggi bagi penjawat awam Kelantan

Oleh Zainal AS Rashid

SEBANYAK RM13 juta diperuntukkan bagi bayaran bonus kepada semua penjawat awam negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan ini pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Nik Mohd Amar memberitahu media bahawa semua penjawat awam akan menerima RM1,500 pada awal Januari tahun depan.

Bayaran akan dibuat terus kepada semua kakitangan melalui akaun bank mereka, katanya.

Beliau berkata pembayaran bonus itu bukan “gula-gula politik” untuk tahun depan, tetapi sebagai penghargaan kepada semua penjawat awam.

“Setakat ini, bonus yang dibayar merupakan yang tertinggi sejak PAS mentadbir Kelantan,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment